Demi rakyat Padang Rengas!

PADANG RENGAS - Ketika calon lain turun awal untuk mengundi, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menongkah arus apabila turun sedikit lewat untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Padang Ampang, di sini.

Beliau tiba pada jam 2.27 petang tadi sambil ditemani Setiausaha Sulit, Mohd Shuhaimi Zubir dan beberapa penyokongnya.

Sebelum membuang undi, beliau sempat beramah mesra dengan pengundi di sana dan sempat bergambar bersama mereka.

Selepas selesai, penyandang kerusi Parlimen Padang Rengas ini segera beredar kerana mahu melawat beberapa pusat mengundi sekitar Padang Rengas.

Mohamed Nazri Abdul AzizPadang Rengas
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :