MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ

Maklumat Diri
Asal
Grik, Perak
Tarikh lahir
15/5/1954
Pasangan
Datin Sri Haflin Saiful Azhar
Anak
Mohamad Nedim Nazri, Jean Pierre Azize

Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz Yeop merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas mewakili Barisan Nasional (BN).

Dilahirkan pada 15 Mei 1954, beliau adalah bekas Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang dan memiliki Ijazah Barrister At-Law daripada Lincoln's Inn, United Kingdom.

Anak kepada Tan Sri Abd Aziz Yeop ini telah  berkahwin dengan Datin Sri Haflin Saiful Azhar dan mempunyai anak bernama Jean Pierre Azize.

Di peringkat akar umbi, Nazri dipilih sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 1978.

Kemudiannya dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1993 sebelum memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO mulai tahun berikutnya hingga 1996.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mulai tahun 1986 hingga 1996 dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia dari tahun 1990 hingga 1994.

Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari tahun 1990 sehingga sekarang.

Setelah kemenangan PRU ke 11, beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memantau dan mengelolakan aktiviti Parlimen Malaysia.

Pada 17 September 2008, beliau mengisi portfolio hal-ehwal undang-undang atau 'de-facto Law Minister' apabila Senator Zaid Ibrahim meletak jawatan pada 15 September 2008 kerana tidak setuju dengan isu ISA.

Beliau pernah dilantik sebagai pengerusi MARA dari 17 Mac 1993 hingga 23 Julai 1995, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mulai 1995 hingga 1999 dan Timbalan Menteri Kewangan II sejak 1999 hingga berlakunya pembubaran Kabinet menjelang pilihan raya umum pada bulan Disember 1999.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan hingga 2004.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Peguam
  • Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (2013-2018)
  • Menteri Pembangunan Usahawan (2004)
  • Timbalan Menteri Kewangan II (1999)
  • Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (1995 - 1999)
  • Pengerusi MARA (1993 - 1995)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1990-2018)
  • Bekas Setiausaha Agung BN (2018)
  • Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia dari tahun (1990-1994)
  • Naib Ketua Pemuda UMNO (1993)
  • Pemangku jawatan Ketua Pemuda UMNO (1996)
Pendidikan:
  • Ijazah Barrister At-Law daripada Lincoln's Inn, United Kingdom
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P61 Padang Rengas
  • PRU12- P61 Padang Rengas
  • PRU13- P61 Padang Rengas
  • PRU14- P61 Padang Rengas

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ