Tak patah semangat: Mohamed Khaled

PASIR GUDANG - Sambutan luar biasa yang diterima pembangkang ketika melakukan kempen PRU14 kali ini tidak menterjemahkan sokongan rakyat kepada mereka.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu hanyalah disebabkan taktik digunakan mereka (pembangkang) dengan bermodalkan penampilan pimpinan tertinggi setiap kali berkempen.

Menurutnya, ia akhirnya mengakibatkan kedatangan pengundi hanya terdiri daripada bukan daripada orang tempatan, sebaliknya datang dari seluruh pelusuk negara.

“Memanglah kalau dah semua pemimpin ada, ramai yang akan datang. Masing-masing ada kumpulannya.

“Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat BN kerana kita tahu kita punya sokongan masih lagi terpelihara..masih lagi ada terutama di Johor. Saya percaya setiap kawasan ada dia punya dinamik masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas mengenai sambutan luar biasa kempen Pakatan Harapan (Harapan) yang dijalakan di Melaka selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Dewan Masyarakat India Pasir Gudang, di sini, sebentar tadi.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata, pandangan yang jelas dapat dilihat menerusi hubungan rapat antara wakil rakyat tempatan dengan masyarakat.

Mohamed Khaled NordinJohor BN
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :