MOHAMED KHALED NORDIN

MOHAMED KHALED NORDIN merupakan calon BARISAN NASIONAL mewakili Parti UMNO bertanding kerusi Parlimen P156 Kota Tinggi, Johor pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 8,390 undi.

Beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 2013 hingga 2018.

Dilahirkan pada 30 November 1958, beliau juga adalah bekas Menteri Pengajian Tinggi 2008 hingga 2013. 

Anak kelahiran Muar ini, merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan bekas ahli Dewan Undangan Negeri Permas pada tahun 2013 hingga 2018.

Menndapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar, anak kepada pasangan Nordin Johari dan  Marina Shukri pernah bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dengan mengambil ijazah sarjana muda Undang-Undang pada tahun 1982.

Selepas empat tahun membujang, pada 1986, beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Seri Rosni Omar dikurniakan anak tunggal Akmal Saufi.

Mempunyai hobi membaca dan amat meminati sukan renang, beliau memulakan kerjaya di Petronas sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1982. 

Setelah itu dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987).

Beliau mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.

Naib Presiden UMNO ini juga memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).

Dari aktif berpolitik, beliau juga mengutamakan aktiviti kemasyarakatan dan pernah dilantik Presiden Belia Negeri Johor, Presiden Persatuan Ragbi Johor juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor serta Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14, beliau tewas di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.

Beliau tewas kepada calon gabungan pembangkang PKR, Hassan Karim dengan majoriti 24,726 undi di Parlimen Pasir Gudang.

Sementara itu di kerusi DUN Permas, Mohamed Khaled tewas dengan majoriti 8,746 undi.

Beliau memperoleh 20,047 undi manakala calon PKR, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh (28,793), calon Pas, Ab. Aziz Abdullah (4,181 undi) dan calon Bebas, Rohani Yaacob (113 undi).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi Boustead Holdings Berhad (2020-kini)
  • Ahli Parlimen Kota Tinggi (2022)

Jawatan yang pernah disandang kabinet dan politik:

  • Menteri Pendidikan Tinggi (2022)
  • Menteri Besar Johor (2013-2018)
  • Menteri Pengajian Tinggi (2008-2013)
  • Naib Presiden UMNO (2013-kini)
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998)
  • Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998)
  • Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995)
  • Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993)
  • Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993)
  • Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986)
  • Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya (1982)
  • Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
  • Sekolah Tinggi Muar
  • Sekolah Rendah Ledang Muar
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P159 Pasir Gudang
  • PRU12- P159 Pasir Gudang
  • PRU14- P159 Pasir Gudang
  • PRU15- P156 Kota Tinggi

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P159 Pasir Gudang N43 Permas
  • PRU14- P159 Pasir Gudang N43 Permas