dAP ketengah enam calon wanita

BATU PAHAT - DAP Johor mengetengahkan enam calon wanita untuk bertanding dalam PRU14 nanti.

Setiausahanya, Gan Peck Cheng berkata, tiga calon akan bertanding di kerusi Parlimen manakala tiga lagi bertanding di kerusi Dun.

Katanya, calon berkenaan akan bertanding di Parlimen Bakri, Kluang dan Kulai, manakala di peringkat Dun pula babit Yong Peng, Penggaram dan Johor Jaya.

“Bagi Parlimen Bakri ia akan ditandingi oleh Yeo Bee Yin, Parlimen Kluang oleh Wong Shu Qi dan Kulai pula Teo Nie Ching

“Bagi calon Dun pula, ia membabitkan kawasan Yong Peng yang ditandingi oleh penyandangnya, Chew Peck Choo, Penggaram oleh Gan Peck Cheng dan Johor Jaya oleh Liow Cai Tung,” katanya selepas sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Hadir sama, calon Dun Ketari, Young Syefura Othman.

Menurutnya, DAP mengetengahkan lebih ramai calon wanita pada kali ini kerana mahu memberikan peluang kepada golongan berkenaan untuk bertanding dalam PRU.

“Kita tahu yang golongan wanita ini kuat bekerja dan setelah berbincang dengan pimpinan pusat termasuklah dengan pimpinan Pakatan Harapan (Harapan) mereka juga telah bersetuju.

“Begitu juga dengan Harapan yang turut mengetengahkan lebih ramai calon wanita pada PRU kali ini," katanya.

 

Gan Peck ChengYoung Syefura OthmanDAP BATU PAHAT
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :