YOUNG SYEFURA OTHMAN

Young Syefura Othman merupakan calon Pakatan Harapan (DAP) bertanding bagi kerusi Parlimen P89 Bentong pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang dengan mendapat 25,075 undian ketika dengan majoriti undi sebanyak 692.

Lebih dikenali sebagai Rara adalah aktivis masyarakat, ahli politik wanita muda dan ahli majlis. Naluri kemanusiaan dan semangat memperjuangkan golongan tertindas membawa beliau aktif dalam aktivisme masyarakat dan anak muda.

Meski sentiasa komited dan tegas menjalankan tugasnya, Rara juga dikenali sebagai seorang pemimpin muda yang ramah, mudah mesra dan amat menitik beratkan hubungan baik sesama masyarakat.

Perjalanan politik beliau bermula di jalanan. Acapkali terlibat dalam siri-siri demonstrasi yang memperjuangkan pelbagai isu yang dekat dengan rakyat seperti menuntut pilihanraya yang adil dan bersih, isu-isu ekonomi rakyat seperti minyak dan tol, dan menentang rejim Kleptokrasi.

Kemuncaknya, dia ditahan dan direman di bawah Akta Rusuhan dan Akta Perhimpunan Awam ketika Demonstrasi Tolak GST di Ibu Pejabat Kastam, Kelana Jaya.

Kesungguhan beliau dalam memperjuangkan isu-isu rakyat akhirnya diterjemahkan melalui penglibatan beliau secara rasmi di dalam politik apabila beliau menyertai DAP. Walau mendapat tohmahan oleh masyarakat kerana menyertai parti yang sering dimomokkan dengan pelbagai label negatif, beliau tidak menoleh ke belakang kerana percaya bahawa DAP adalah platform terbaik bagi meneruskan perjuangan membela rakyat.

Bencana banjir besar 2014 di Kelantan telah memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan kebolehan diri. Beliau telah diberi tanggungjawab untuk menjadi Penyelaras Projek Impian Kelantan, sebuah projek kebajikan untuk memulihkan sebuah kampung yang musnah dilanda banjir. Di bawah pimpinan beliau, Kampung Pasir Tumboh di daerah pedalaman Gua Musang kembali pulih dalam tempoh 5 bulan. 30 rumah telah dibina semula dan 50 buah rumah telah dibaikpulih.

Projek tersebut mendapat pujian banyak pihak kerana ia adalah satu-satunya Projek Pemulihan Pasca Banjir yang berjaya disiapkan sepenuhnya sebelum bulan Ramadhan 2015 dan Kampung Pasir Tumboh menjadi satu-satunya kampung yang mana penduduknya dapat berpuasa dan menyambut Aidilfitri dalam rumah masing-masing selepas ditimpa banjir.

Apabila dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kajang, ia telah melengkapkan profil beliau sebagai bakal wakil rakyat yang bukan sekadar bersuara memperjuangkan suara rakyat tetapi boleh menyelesaikan masalah rakyat. Selaku Ahli Majlis beliau telah berjaya menyelesaikan banyak masalah penduduk setempat melalui pendekatan mendengar masalah penduduk dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.

Rakyat Kelantan dan Selangor telah melihat dan menerima manfaat dari khidmat dan kesungguhan beliau dalam menyelesaikan masalah rakyat. Kini tiba pula giliran beliau untuk bersama rakyat Ketari dalam membela hak, memperjuangkan suara dan memberi khidmat masyarakat.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Bentong
  • aktivis masyarakat
  • Jururawat peribadi (2012)
  • Pemilik bersama AMH Resources (Klinik Perubatan Alternatif (2013)
  • Penyelaras Impian Kelantan (2014)
  • Pembantu Khas EXCO Kerajaan Negeri Selangor (20015)
  • Ahli Majlis Perbandaran Kajang (2016-2018)

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Jawatankuasa DAP Selangor
  • Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan
Pendidikan:
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P89 Bentong

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P89 Bentong N34 Ketari