GAN PECK CHENG

Maklumat Diri
Asal
Kampung Minyak Beku, Batu Pahat
Tarikh lahir
21/11/1966

Gan Peck Cheng merupakan penyandang DUN Penggaram sejak 2013 merangkap Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor.

Beliau dilahirkan di Kampung Minyak Beku pada 21 November 1966 mendapat pendidikan tinggi di Sekolah Tinggi Cina Batu Pahat.

Sebelum beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), beliau bekerja sebagai guru tadika.

Perjalanan politiknya, beliau mula bertanding sejak dari Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1990 di kerusi parlimen P133 Pontian sehingga sekarang.

Pada PRU tahun 2013, beliau bertanding di tempat yang sama dan berjaya mengalahkan calon baharu dari BN-MCA, Dr King Ban Siang dengan majoriti sebanyak 10,051 majoriti undian dan diberikan mandat untuk mentadbir bagi penggal kedua berturut-turut di kerusi yang sama setelah memang pada PRU Ke-14 (PRU14).

Beliau menerima saingan yang cukup kuat melibatkan pertandingan tiga penjuru. Keputusannya, beliau berjaya memperoleh undi sebanyak 26,825 manakala lawannya, Kang Beng Kuan (MCA) 9,620  dan Misran Samian (Pas) 5,185 dengan majoriti sebanyak 17,205.

Melalui statistik keputusan PRU14, beliau memperoleh bilangan majoriti tertinggi di dalam Dewan Negeri Johor dan dilantik sebagai Timbalan Speaker selepas Pakatan Harapan (PH) diberikan mandat penuh untuk membentuk kerajaan di negeri Johor.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram (2013 hingga kini)
  • Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor (Jun 2020 hingga kini)
  • Bekas guru tadika

Jawatan disandang dalam politik:

  • Penolong Setiausaha DAP Johor
Pendidikan:
  • Sekolah Tinggi Cina Batu Pahat
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P150 Batu Pahat N23 Penggaram
  • PRU12- P150 Batu Pahat N23 Penggaram
  • PRU13- P150 Batu Pahat N23 Penggaram
  • PRU14- P150 Batu Pahat N23 Penggaram
  • PRN DUN Johor- P150 Batu Pahat N23 Penggaram

Video Berkaitan GAN PECK CHENG