Ahli Parlimen BN bertemu Anwar di Seri Perdana

PUTRAJAYA - Beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai milik menteri dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dilihat memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini pada Jumaat.

Difahamkan, pertemuan itu berlangsung sejak 7.30 malam dan dijangka selesai pada jam 10 malam.

Bagaimanapun, butiran mengenai pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak didedahkan.

Dijangka seramai 30 Ahli Parlimen BN menemui Anwar antaranya dipercayai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Namun, sebaik selesai pertemuan, kenderaan dipercayai milik Anwar keluar meninggalkan Seri Perdana pada jam 9.40 malam.