Kemenangan debat bukan penentu kepimpinan terbaik - Saifuddin

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa proses memilih pemimpin terbaik tidak boleh dinilai semata-mata berdasarkan kemenangan dalam sesuatu debat.

Mengulas tawaran debat yang dikemukakan Datuk Seri Rafizi Ramli terhadap Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, Saifuddin berkata keputusan sama ada mahu menerima atau menolak tawaran itu terletak sepenuhnya kepada calon-calon yang bertanding.

“Debat ini satu kaedah. Ia bergantung kepada calon untuk menyambut atau menolaknya. Nama pun tawaran, bukan paksaan,” katanya.

Tambah beliau, kemampuan seseorang calon tidak harus dinilai hanya berdasarkan persembahan dalam sesi debat semata-mata.

“Saya tidak mahu meletakkan ukuran memilih pemimpin yang baik itu adalah menang debat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 Jabatan Imigresen Malaysia di Puspanitapuri, di sini pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL