Pendedahan Harapan Parit Buntar terdapat individu Pas menerima cek kerajaan negeri daripada bakal calon BN Parlimen itu, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan untuk pembangunan sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di sini sebenarnya kembali 'memakan diri' mereka. Pendedahan dibuat calon Harapan Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kononnya duit itu disalurkan Abdul Puhat melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) ke dalam akaun peribadi seorang individu sebagai tindakan membeli undi orang Pas, terbukti adalah tidak berasas. Calon Pas Dun Kuala Kurau, Abdul Bahrin Md Desa berkata, jika isu itu dilihat di peringkat bawahan, rakyat pun sudah faham beza sumbangan kerajaan negeri dengan sumbangan Umno sebagaimana didakwa Mujahid. Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Khairil Anwar Mohd Amin.