MUJAHID YUSOF RAWA

Maklumat Diri
Asal
Georgetown, Pulau Pinang
Tarikh lahir
25/10/1964
Pasangan
Datin Seri Zuraida Husin
Anak
3 orang anak

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar selama tiga penggal.

Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1964 adalah Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Anak watan Georgertown Pulau Pinang ini telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Zuraida Husin. Pasangan ini dikurniakan tiga anak.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa, beliau kemudian melanjutkan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penang Free School.

Seterusnya, Dr Mujahid meneruskan pengajian dalam lulusan Sarjana Muda Bahasa Arab Al-Azhar Mesir, Sarjana Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Doktor Falsafah (Ph.D) Siyasah Syariah (Sains Poltik) Universiti Malaya (UM).

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan dan pernah menjadi guru Bahasa Arab Sekolah Agama Izzudin Shah Perak dan pensyarah Universiti Multimedia, Bukit Beruang Melaka.

Selain itu, beliau juga meneruskan perniagaan keluarga dalam bidang penerbitan buku dan dilantik pengarah urusan syarikat tersebut iaitu Safir IImu Sdn Bhd di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja, beliau aktif dalam aktiviti keilmuwan seperti menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah dan menulis hampir 10 buah buku antaranya ialah Rejuvenasi Pas, Menuju Pas Baru, Kitakan Orang Malaysia, Malaysia Pasca Rasisme, Berdialog Dengan Gereja, Wajah Baru Politik Malaysia, Islam Dan Kepelbagaian, Islam Bukan Agama Teroris dan Melangkah Ke Hadapan.

Dalam pada itu, pencapaian beliau, memperkenalkan Dasar Negara Rahmah Kelulusan Majlis Raja Raja (2019), membentang Akta Baru iaitu Akta Profesion Guaman Syarie (2019) di Parlimen dan diluluskan.

Bukan itu sahaja, Dr Mujahid juga membentuk Mahkamah untuk kes hadanah dan nafqah  di Mahkamah Syariah pada 2019, menstruktur dan memulihkan semula Tabung Haji (2018-2020), memperkenalkan konsep Dasar Rehabilitatif Undang Jenayah Syariah dan memperkenalkan Jumaat sebagai Hari Tulisan Jawi untuk semua pentadbiran Islam Persekutuan.

Beliau yang aktif dalam bidang kebajikan dan sukarelawan, pernah menyertai Misi Kedamaian Ke Mynmar Wakil Rantau Asia dari IPPFORB dan
misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Zakat Pulau Pinang (ZPP) termasuk mewakili Parlimen Malaysia dalam Parliamentarian Union Of Islamic Countries (PUIC) dan juga jawatankuasa eksekutif PUIC.

Semasa dilantik Menteri di JPM, beliau pernah memberi ucapan di platform antarabangsa antaranya di Fakulti Perniagaan Cambridge United Kingdom (UK) dan Fakulti Syariah Universiti Erbid Jordan.

Penglibatan politik, beliau pernah menjadi calon Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1999 mewakili parti Pas dan Parlimen Tasek Gelugor PRU 2004 bagaimanapun tewas dengan UMNO.

Namun PRU 2008, 2013 dan 2018, beliau menang bertanding di kerusi Parlimen Parit Buntar menewaskan UMNO.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Dr Mujahid daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 16,753 undian ketika menentang Abdul Puhat Mat Nayan daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 13,655 undi. Majoriti undi sebanyak 3,098.

Mujahid Yusof Rawa merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bertanding di Parlimen P57 Parit Buntar bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) (2018-2020)
  • Ahli Parlimen Parit Buntar (2008-kini)
  • Tenaga Pengajar Masjid dan Surau
  • Guru Bahasa Arab
  • Pensyarah Universiti Multimedia Bukit Beruang Melaka

Jawatan disandang dalam politik:

  • Naib Presiden Parti Amanah Negara (2015-kini)
  • Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang (2007-2015)
  • Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas (2005- 2015)
  • AJK Pas Pusat (2005-2015)
  • AJK Pemuda Pas Pusat (2001-2005)
  • Yang Dipertua Pas Kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Pengerusi Masjid Melayu Warisan Dunia Lebuh Acheh (2011- Kini)
  • Timbalan Pengerusi Yayasan Islàm Pulau Pinang (2009-2014)
  • Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (2013)
  • Bantuan Keamanan Palestin (2005)
  • Penaung NGO Pertubuhan Kebajikan Muhibbah Wilayah Utara (Muhibbah)
  • Anggota Pertubuhan Parliamentarian International Platform For Freedom Of Religion And Believe (IPPFORB)

Pencapaian:

  • Memperkenalkan Dasar Negara Rahmah Kelulusan Majlis Raja Raja (2019)
  • Membentang Akta Baru iaitu Akta Profesion Guaman Syarie (2019) di Parlimen dan diluluskan
  • Membentuk mahkamah untuk kes hadanah dan nafqah  di Mahkamah Syariah (2019)
  • Menstruktur dan memulihkan semula Tabung Haji (2018-2020)
  • Memperkenalkan konsep Dasar Rehabilitatif Undang Jenayah Syariah
  • Memperkenalkan Jumaat sebagai Hari Tulisan Jawi untuk semua pentadbiran Islam Persekutuan

Tajuk Penulisan Buku:

  • Rejuvenasi Pas
  • Menuju Pas Baru
  • Kitakan Orang Malaysia
  • Malaysia Pasca Rasisme
  • Berdialog Dengan Gereja
  • Wajah Baru Politik Malaysia
  • Islam Dan Kepelbagaian
  • Islam Bukan Agama Teroris
  • Melangkah Ke Hadapan 
Pendidikan:
  • Doktor Falsafah Sains Politik UM
  • Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia UPM
  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P42 Tasek Gelugor
  • PRU14- P57 Parit Buntar
  • PRU15- P57 Parit Buntar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada