KUANTAN - Andansura Rabu berjaya mengekalkan kerusi di Dun Beserah apabila diumumkan menang dengan 12,239 undi.
Menurutnya, kemenangan dengan majoriti lebih rendah iaitu 1,305 itu sudah dijangka ekoran pertembungan tiga penjuru di Dun Beserah.
"Kita jangka majoriti lebih rendah tapi Alhamdulillah keputusan yang diperoleh lebih baik.
"Saya percaya kemenangan ini adalah sokongan dan kekuatan jentera parti yang komited,"katanya.
Andansura berkata, dia akan meneruskan khidmatnya di Beserah dengan lebih baik sepanjang penggal ini.
Katanya, kemenangan itu adalah kemenangan bersama yang komited.
"Pusat Khidmat Dun (PKD) Beserah bertekad untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan selain meneruskan dan menambahbaik segala agenda yang telah diusahakan selama ini.
"Oleh itu, saya berharap sokongan yang berterusan daripada anda semua agar dapat sama-sama menjayakan aspirasi Dun Beserah yang sejahtera bersama nilai-nilai Islam,"katanya.
Andansura menewaskan calon BN, Datuk Suhaimi Sulong yang memperoleh 8,732 undi dan calon PKR, Zulkifli Mohamed dengan 10,934 undi.