ANDANSURA RABU

Andasura Rabu merupakan calon Parti Perikatan Nasional (PAS) bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N12 Beserah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang 23,867 dengan majoriti undi sebanyak 11,521.

Beliau juga adalah calon yang bertanding kerusi ADUN yang sama pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Telah dipilih untuk memimpin PAS Kawasan Indera Mahkota yang mentadbir lebih 30 cawangan sejak tahun 2013 dan jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang sejak tahun 2015.

Selain itu, beliau merupakan bekas pensyarah di 3 Universiti tempatan antara tahun 2006 hingga 2013, salah satunya di Universiti Putra Malaysia, dan Universiti Malaysia Pahang.

Andasaru Rabu juga telah mendapat gelaran Tokoh Aktivis Alam Sekitar yang menaungi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM) serta pernah mempengerusi Gabungan Stop Lynas yang merangkumi lebih 20 pertubuhan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Beserah (2013-kini)
  • Pengarah Syarikat/ Perunding Bebas (2010-2013)
  • Pensyarah Sambilan- Universiti Putera Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Malaysia Pahang (2006-2013)
  • Pengurus Perolehan (2008-2010)
  • Pengurus HSE (2005 -2008)
  • Eksekutif Kanan Sumber Manusia (2000-2005)
  • Pegawai Perolehan (1993-2000)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang (2015-kini)
  • Pengerusi Lajnah Pengguna, Perumahan & Alam Sekitar Pas Pahang (2011-2015)
  • Yang Dipertua Pas Kawasan Indera Mahkota (2013-kini)
  • Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Indera Mahkota (2011-2013)
  • Ketua Penerangan Pas Kawasan Indera Mahkota (2009-2011)
  • Ketua Cawangan Pas Balok Makmur (2009-2013)

Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan:

  • Bendahari Masjid Balok Makmur (2003-2013)
  • Pengerusi SAR/KAFA Al- Makmur Balok Makmur (2000-2013)
  • Pengerusi Surau Al-Hidayah Balok Perdana (2007 -2011)
  • Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Balok Makmur (2005-2007)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan UUM
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Korporat UiTM
  • Diploma Pengajian Perniagaan, UiTM
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P82 Indera Mahkota N12 Beserah
  • PRU14- P82 Indera Mahkota N12 Beserah
  • PRU15- P82 Indera Mahkota N12 Beserah

Video Berkaitan ANDANSURA RABU