TANJONG KARANG - Janji bonus tiga bulan gaji untuk penjawat awam mampu direalisasikan sekiranya Selangor berjaya ditawan BN menjelang PRU14.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, janji itu mampu ditunaikan BN berbanding Pakatan Harapan (Harapan) yang kini menanggung bebanan hutang cukup tinggi.
"Sekarang ni Selangor menanggung hutang Splash sebanyak RM4.6 bilion sedangkan simpanan rizab kerajaan negeri hanya RM4 bilion belum ditambah hutang yang ditanggung Unisel.
"Janji BN lebih meyakinkan sebab kita mampu realisasikannya," katanya selepas menyaksikan penyerahan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah Sempadan ke Dun Permatang.
PDM Sawah Sempadan sebelum ini terletak dalam Dun Sungai Burong sebelum diletakkan dalam Dun Permatang selepas persempadanan semula kawasan diluluskan.