SEREMBAN - Lebih 2,000 penduduk sekitar Taman Rasah Jaya menghadiri ceramah umum anjuran DAP bersama calon di Parlimen Rasah di sini tadi.
Majlis ceramah yang berada dalam keadaan tenang bertukar 'panas' sebaik sahaja nama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dipanggil untuk menyampaikan ceramah.
Kit Siang dalam ucapannya menegaskan kepada rakyat agar tidak mempersiakan segala peluang yang ada pada kali ini untuk mengubah negara.
Katanya, sejak sekian lama BN memerintah negara, kali ini rakyat perlu memberi peluang kepada Pakatan Harapan (Harapan) pula untuk mentadbir dan menawan Putrajaya demi kesejahteraan negara yang lebih gemilang.