LIM KIT SIANG

Maklumat Diri
Asal
Batu Pahat, Johor
Tarikh lahir
20/2/1941
Pasangan
Neo Yoke Tee
Anak
4

Lim Kit Siang merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri selepas menang pada Pilihan Raya Umum (PRU14) merangkap penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Beliau dilahirkan pada 20 Februari 1941 telah bertanding pada pilihan raya sejak tahun 1969 di Bandar Melaka.

Berpengalaman luas dalam bidang politik lebih 50 tahun, beliau pernah bertanding di beberapa kerusi parlimen dan juga pernah tewas pada tahun 1999 di Bukit Bendera Pulau Pinang.

Malah Kit Siang antara Ahli Parlimen  paling lama berkhidmat, bermula di Bandar Melaka pada 1969 hingga 1974, kemudian di Kota Melaka pada tahun 1974 hingga 1978.

Seterusnya pada 1978 hingga 1982, beliau bertanding di Petaling Jaya Selangor sebelum kembali bertanding di Kota Melaka pada 1982 hingga 1986.

Pada tahun 1986 hingga 1999, beliau bertanding di Tanjong Pulau Pinang dan Ipoh Timur Perak pada tahun 2004 hingga 2013.

Manakala pada tahun 2013, beliau bertanding di Gelang Patah Johor dan terus mengekalkan kedudukan buat penggal kedua di Gelang Patah atau nama baharu Iskandar Puteri pada PRU14.

Kit Siang daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 80,726 undian ketika menentang Jason Teoh Sew Hock daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 35,862 undi.

Majoriti undi meningkat kepada 44,864 berbanding PRU13 berjumlah 14,762 undian.

Beliau telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak, pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen di Dewan Rakyat.

Gemar membaca buku dan menulis, sejak tahun 1978, beliau telah menerbitkan 29 buah buku. 

Bapa kepada Lim Guan Eng ini pernah ditahan semasa Operasi Lalang pada tahun 1987 kerana membangkitkan isu perkauman.

Akibatnya, beliau pernah dipenjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun tanpa perbicaraan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Iskandar Puteri (2013 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Ipoh Timur (2004 -2013)
  • Ahli Parlimen Tanjong Pulau Pinang (1986-1995)
  • Ahli Parlimen Kota Melaka (1982)
  • Ahli Parlimen Petaling (1978)
  • Parlimen Kota Melaka (1974)
  • Ahli Parlimen Bandar Melaka(1969)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Penasihat DAP
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Undang-undang di  Universiti London
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P64 Ipoh Timor
  • PRU12- P64 Ipoh Timor
  • PRU13- P162 Gelang Patah
  • PRU14- P162 Iskandar Puteri

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan LIM KIT SIANG