Rafizi akan luang lebih banyak masa bersama rakyat biasa

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak akan berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme untuk memastikan Malaysia mendapat sesuatu yang lebih baik.

Jelas beliau, kerana cita-cita itulah yang yang telah menjerumuskan dirinya ke dalam aktivisme dan politik dahulu.

"Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.

"Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini," katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau.

Rafizi turut berpesan kepada penyokong-penyokongnya yang kecewa supaya tidak kecewa dan reda dengan ketetapan serta hikmah selepas apa yang berlaku.

"ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya," ujar beliau.