Kit Siang lawan Jason

JOHOR BAHRU - Kerusi P.162 Parlimen Iskandar Puteri menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara penyandangnya, Lim Kit Siang dan calon BN, Datuk Jason Teoh Sew Hock yang juga Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA merangkap Pengerusi MCA Bahagian Gelang Patah.

Bagi kerusi N48 Dun Skudai pula melibatkan pertandingan satu lawan satu antara Ketua MIC Gelang Patah, Datuk S Kanan dan calon Pakatan Harapan (Harapan), Tan Hong Ping.

Manakala, kerusi N49 Dun Kota Iskandar yang dahulunya dikenali sebagai Nusajaya melibatkan pertandingan tiga penjuru antara Ketua Umno Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A Malik mewakili BN, calon Harapan, Dzulkefly Ahmad dan calon Pas, Sallehuddin Mohd Dahiran.

Pengumuman kesemua calon itu dibuat oleh Pengurus Pilihanraya Parlimen Iskandar Puteri, Adib Azhari Daud di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai, di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Adib Azhari turut mengumumkan calon bebas bagi kerusi Dun Skudai, K Kanafatty menarik diri bagi kerusi berkenaan.

Lim Kit SiangJason Teoh Sew HockIskandar Puteri
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :