ANNUAR MUSA

Maklumat Diri
Asal
Bukit Marak, Kelantan
Tarikh lahir
18/5/1956
Pasangan
Puan Sri Datin Seri Panglima Rosniah Abd Rahman
Anak
4 anak

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa merupakan ahli Parlimen Ketereh dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang juga parti terbesar dalam Barisan Nasional (BN).

Berkisahkan perjalanan politiknya, Annuar dalam UMNO dibawa ke tengah oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang menjadi pemimpin UMNO ketika itu.

Pimpinan Annuar sebagai ketua UMNO Kelantan menjadikan Ku Li berpengaruh di Gua Musang sahaja.

Annuar Musa terpilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh selama 20 tahun di samping selama 14 tahun menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan sebagai menteri hampir 10 tahun. Sejak 1979, beliau aktif dalam UMNO Kelantan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Annuar Musa daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 25,467 undian ketika menentang Wan Ismail Wan Yusoh daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 20,841 undi.

Majoriti undi sebanyak 4,626.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Wilayah Persekutuan (Mac 2020 - Kini)
  • Menteri pembangunan luar bandar (1993 - 1999)
  • Menteri Belia Dan Sukan (1991 - 1993)
  • Pro Canselor Unikl (2013 - 2017)
  • Pengarah (Perancang Korporat) Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (1985 - 1986)
  • Penolong Pengarah Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (1981- 1982)
  • ADUN Ketereh (2013 - 2018)
  • ADUN Kok Lanas (2004 - 2008)
  • ADUN Peringat (1995 - 1999)
  • Ahli Dewan Negara (1990 - 1995)
  • ADUN Peringat (1986 - 1990)

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah dan pengerusi:

  • Pengerusi Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM) (November 2015- November 2017)
  • Pengerusi Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif, Pelaburan Mara Berhad (PMB) (November 2015- November 2017)
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) (2013 -2018)
  • Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) (2005 - Mei 2013)
  • Pengerusi Fama (1989 - 1990)

Jawatan disandang dalam parti:

  • Setiausaha Barisan Nasional (2020 – Jan 2021)
  • Setiausaha Agung UMNO (2019 - 2020)
  • Ketua Penerangan UMNO (2016-2018)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2013-2018)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1991 - 2009)
  • Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan (1994 - 2000) dan (2004-2009)
  • Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan (2004-2009)
  • Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan (1991 - 2000)
  • AJK Biro Penerangan UMNO (2000 - 2008)
  • Ketua, Umno Bahagian Ketereh (1987 - Kini)
  • Presiden Kelab Umno United Kingdom (1983 - 1984) 
  • Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:
  • Pengasas Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) (1991 - Kini)
  • Setiausaha Agung Yayasan (2002-kini)
  • Persahabatan Malaysia - Indonesia (Permai)
  • Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa)(2007 -2017)
  • Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) (2010)
  • Pesuruhjaya Kehormat (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (2017-Kini)
  • Ahli Korporat Pertubuhan Perancang Malaysia (Malaysian Institute Of Planners)  

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) (2008)
  • Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) (2006)
  • Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) (2005)
  • Seri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) (1992)
Pendidikan:
  • M.Sc. Construction ManagementUniversity College London (1983)
  • Sarjana Muda Perancang Bandar Dan Desa (2Nd Class Upper)
  • Universiti Teknologi Malaysia (1980) Sophia University, Ichigaya Campus Japan (Summer Programme)
  • Maktab Tentera Diraja (Rmc) Sungai Besi (1972)
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Star) (1969)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P26 Ketereh
  • PRU13- P26 Ketereh
  • PRU14- P26 Ketereh

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan ANNUAR MUSA