KUALA LUMPUR - Calon BN dan Pas Parlimen Bandar Tun Razak bersedia menerima pa juga keputusan undian PRU14 yang dijangka diumumkan lewat petang ini.
Adnan Seman (BN) dan Dr Rosni Adam (Pas) berkata, keputusan yang bakal diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu pastinya akan disambut dengan hati terbuka.
"Saya ucapkan selamat maju jaya kepada calon yang menang nanti," kata Adnan.
Sementara Rosni menyatakan, sekiranya keputusan undian memihak kepadanya, beliau menganggap itu adalah sebagai rezeki daripada Allah SWT di atas usahanya bersungguh - sungguh selama ini.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar pusat mengundi Parlimen Bandar Tun Razak mendapati keadaan tenang dan terkawal setakat ini.