Md Jais selesai mengundi

KLUANG - Calon BN Dun Mahkota, Datuk Md Jais Sarday hadir di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Aris Bendara, dekat sini, hari ini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi BN Kluang hadir bersama isteri, Rozita Kimin di pusat pengundian lebih kurang jam 8.30 pagi.

Untuk PRU14, kerusi Dun Mahkota berlaku pertandingan tiga penjuru melibatkan Md Jais (BN), Mohd Said Jonid (PKR) dan Muhammad Hasbullah Najib (Pas).

Md Jais SardayMahkota
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :