SEGAMAT - Penyandang BN Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S Subramaniam mebuang undi di SMK Buloh Kasap bersama isterinya, Datin Seri Dr Umarani.
Subramaniam yang tiba di pusat pengundian tepat jam 8 pagi kemudian terus ke kaunter semakan pengundi sebelum menuju terus ke bilik membuang undi sambil diikuti oleh isterinya.
Beliau kemudian meninggalkan pusat pengundian pada jam 8.45 pagi sebelum bergerak meninjau ke pusat-pusat pengundian lain yang terdapat di Parlimen Segamat.
Di Parlimen Segamat, terdapat sebanyak 43 pusat pengundian dan pada PRU14 terdapat pertembungan tiga penjuru di antara Subramaniam (BN), Datuk Seri Dr E Santhara (PKR) dan Khairul Faizi Ahmad Kamil (Pas)