Bekas Adun gementar hadapi proses penamaan calon

BALING - Bekas Adun Pas yang pernah bertanding pada PRU12 dan PRU13 tetap berdebar ketika menghadapi proses penamaan calon.

Calon Pakatan Harapan (Harapan) Dun Kupang, Johari Abdullah berkata, apa yang mendebarkan ialah ketika menanti keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya sama ada layak bertanding atau tidak.

Menurutnya, perasaan itu akan dirasai setiap calon bertanding.

“Setelah perjalanan berkempen sepanjang pembubaran Parlimen, saya yakin pengundi akan menyokong Harapan.

“Mereka telah muak dengan BN dan mahukan perubahan,” katanya.

Terdahulu, Johari bersama isteri, Faridah Rosdi tiba di perkarangan Dewan Tun Abdul Razak pada jam 8 pagi.

Johari AbdullahBaling calon Dun Kupang
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :