umno pekan optimis majoriti 40,000 undi untuk pru14

PEKAN - Umno  Pekan optimis mampu mampu meraih majoriti 40,000 undi untuk PRU14 sekaligus mengekalkan Parlimen Pekan sebagai kubu parti berusia 72 tahun itu.

Timbalan Ketua Umno Pekan, Datuk Seri Abu Bakar Harun berkata, keyakinan tersebut berdasarkan  kerja keras yang  dilakukan secara berterusan  setiap pendukung parti termasuk wakil rakyat yang telah dipilih.

Menurutnya, keprihatinan dan kasih sayang Presiden Umno yang juga Ketua Umno Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rakyat Pekan tidak dapat dinafikan melalui pelbagai kemudahan yang disediakan sehingga hari ini.

"Kalau nak kira, memang boleh (dapat 40,000) undi...kita bekerja untuk rakyat  sejak lepas pilihan raya dulu lagi. Apa yang penting ialah bekerja..semua jentera bekerja tanpa penat dan jemu.

"Kita sasarkan 40,000 undi, setiap Dun bagi 10,000 undi..tapi kalau dapat lebih macam Dun Peramu Jaya ada kapasiti pengundi ramai, boleh bagi undi lebih 15,000 undi ke, jadi dapat 45,000 undi," katanya ketika ditemui pada Jualan Sentuhan Rakyat di pasar raya Eng Hong Pekan di sini hari ini.

Hadir sama, Datuk Zalmah Abdul Rahman dan Adun Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohd Puzi Sh Ali.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan persaingan lebih dua penjuru di Parlimen Pekan, Abu Bakar berkata, Umno tidak sesekali goyah malah rakyat di kawasan ini bijak menilai calon mana yang mampu dan ikhlas bekerja untuk rakyat.

Abu Bakar HarunPekan Pahang
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :