HAZULIZAH MD DANI

Beliau merupakan anak jati Batu Sapi yang memegang Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Sejarah dari Universiti Malaysia Sabah.

Hazulizah Md Dani pernah berkhidmat sebagai pegawai JASA di kawasan DUN Sekong selama 10 tahun sebelum JASA dibubarkan atau ditamatkan perkhidmatan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Hazulizah pernah menjadi guru ganti di SK Gas, Sandakan pada tahun 2007 dan Pembantu Perangkaan tahun 2008 bagi Banci Penduduk Sandakan.

Beliau juga merupakan Pengerusi Koperasi Azka Berhad Sandakan (Koperasi Belia Wanita) dan pernah dianugerahkan pingat Bintang Setia Kinabalu (BSK) oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Naib Ketua Puteri UMNO Negeri Sabah ini dicalonkan untuk bertanding kerusi DUN Sekong di bawah Parlimen Batu Sapi pada PRN Sabah ke-16.

Hazulizah yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi sejak 2013 merupakan individu kedua daripada Pergerakan Puteri UMNO Sabah dicalonkan untuk pilihan raya negeri selepas Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada 16 tahun lepas.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas pegawai JASA di kawasan DUN N.43 Sekong selama 10 tahun
  • Guru ganti di SK Gas Sandakan (2007)
  • Pembantu Perangkaan (2008)

Jawatan disandang dalam badan bukan berkanun;

  • Pengerusi Koperasi Azka Berhad Sandakan (Koperasi Belia Wanita)

Jawatan disandang dalam politik

  • Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi
  • Naib Ketua Puteri UMNO Negeri Sabah
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Sejarah Universiti Malaysia Sabah
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P185 Batu Sapi N53 Sekong