Kuan Chee Heng merupakan calon BEBAS bertanding bagi kerusi Parlimen P103 Puchong pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai "Uncle Kentang" merupakan aktivis masyarakat yang aktif membantu golongan susah.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai anggota polis.
Chee Heng turut menyediakan perkhidmatan van jenazah, ambulans dan teksi 10 sen secara percuma kepada golongan tidak berkemampuan.
Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada tahun 2019 namun tewas dalam saingan empat penjuru kepada calon-calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).