Muslimin Yahya merupakan calon PN(BERSATU) bertanding bagi kerusi Parlimen P93(SUNGAI BESAR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya menyandang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan I pada 10 Mac 2020.
Beliau telah memenangi kerusi Parlimen P125(Sungai Besar) dengan majoriti 2721
Kerjaya Muslim sebelum bergelar wakil rakyat adalah pegawai di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
SK Seri Utama, Sungai Besar, Kaunselor Pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam termasuk Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyaraka pada tahun 2008 hingga 2009 dan tahun 2012 hingga 2013.
Beliau juga pernah memegang jawatan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 2009 hingga 2012 dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi pada 2013 hingga 2016.
Muslimin kini meneruskan perjuangan dalam politik bersama parti Bersatu selepas menyertainya pada tahun 2018.
Beliau telah bersama UMNO hampir 10 tahun pernah menjadi AJK Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar dan kini dilantik AJK Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor serta Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Sungai Besar.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Muslimin daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 17,350 undian ketika menentang Budiman Mohd Zohdi daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 16,636 undi. Majoriti undi sebanyak 714.