Datuk Osman Sapian merupakan ahli politik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.
Tidak sampai setahun, beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar berkuatkuasa 8 April 2019.
Beliau merupakan Menteri Besar kedua paling singkat berkhidmat dalam sejarah negeri Johor selepas Dato' Dr. Saharuddin Jamal.
Beliau sudah menjadi ADUN di Kempas sejak 1999, ketika masih bersama UMNO, sebelum digugurkan pada PRU 2013.
Bagaimanapun pada 21 Disember 2021 beliau meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara, Kuala Lumpur, pada 11.45 malam.