HALIMAH MOHAMED SADIQUE

Maklumat Diri
Asal
Tenggara, Johor
Tarikh lahir
2/2/1962
Pasangan
Datuk Suffian Othman

Datuk Halimah Mohamed Sadique menyandang jawatan Menteri Perpaduan Negara Malaysia bermula pada 10 Mac 2020. 

Dilahirkan pada 2 Februari 1962, pernah menjadi Ahli Parlimen Tenggara pada 2008 hingga 2018 sebelum dicalonkan di Parlimen Kota Tinggi pada Pilihan Raya Umum kali ke-14 dan memenangi kerusi terbabit.

Beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 26,407 undian ketika menentang Azlinda Abdul Latif daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 11,786 undi dengan majoriti undi sebanyak 14,621.

Beliau terkenal dengan kelantangan dalam menyuarakan pendapat amat disegani ramai, pernah menjadi ADUN Pasir Raja selama sepenggal dan ADUN Gunung Lambak sejak 1995 hingga 2004.

Mendapat pendidikan tertinggi berkelulusan Sarjana Pentadbiran Awam Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Perpaduan Negara Malaysia (10 Mac 2020-kini)
  • Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2013-2018)
  • Ahli Parlimen Kota Tinggi (2018-kini)
  • Ahli Parlimen Tenggara (2008-2018)
  • Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)(2009-2018)
  • EXCO Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Johor (2004-2009)
  • EXCO Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Wanita & Kesihatan Johor (1999-2004)
  • EXCO Perpaduan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Sosial Johor (1995-1999)
  • ADUN Pasir Raja (2004-2008)
  • ADUN Gunung Lambak (1995-2004)

Jawatan dalam parti politik:

  • Ahli EXCO Wanita (2004-2007)
  • Ketua Wanita Johor (2000-2007)

Anugerah diterima:

  • Panglima Jasa Negara
  • Darjah Cemerlang Seri Melaka
  • Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua 
Pendidikan:
  • Sarjana Pentadbiran Awam UUM
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P155 Tenggara
  • PRU13- P155 Tenggara
  • PRU14- P156 Kota Tinggi

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P155 Tenggara N35 Pasir Raja

Video Berkaitan HALIMAH MOHAMED SADIQUE