Datuk Eddin Syazlee Shith menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Menteri Kerja Raya pada Mac 2020.
Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Eddin merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang telah dipilih pada 2020 lalu merangkap Ketua Bahagian Penaja Bersatu Bahagian Kuala Pilah dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan.
Eddin sebelum menceburi bidang politik merupakan seorang peguam dan sering terlibat dengan khidmat masyarakat.
Antara sumbangannya menjadi Penasihat Undang-Undang Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Negeri Sembilan dan Penasihat Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Eddin Syazlee daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 18,045 undian ketika menentang Hasan Malek daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 17,845 undi. Majoriti undi sebanyak 200.
Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) atas tiket Bersatu pada PRN Negeri Sembilan.