ABDUL PUHAT MAT NAYAN

Bekas Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan merupakan bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Parit Buntar pada Pilihan Raya Umum (PRU14).

Ketika dicalonkan untuk bertanding pada PRU14, beliau meletak jawatan dalam kerajaan berharap pengundi memberi peluang kepadanya berbakti di tanah kelahiran sendiri melalui pengalaman luasnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum ini.

Bagaimanapun, anak kelahiran Tanjung Piandang kecundang ditangan penyandang kerusi, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dari Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau juga berpengalaman sebagai Pegawai Daerah Kerian dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian pada 2004 hingga 2007.

Selain itu, bekas tentera ini juga pernah memegang jawatan Presiden, Persatuan bola sepak negeri Perak (Pafa) pada 2015 hingga 2018 dan Ketua pengarah jabatan kemajuan masyarakat (Kemas) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selama lima tahun.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Presiden, Persatuan bola sepak negeri Perak (Pafa) (2015-2018)
  • Setiausaha kerajaan negeri Perak, pejabat setiausaha kerajaan negeri Perak (2011-2018)
  • Ketua pengarah jabatan kemajuan masyarakat (Kemas) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (2007-2011)
  • Pegawai daerah dan tanah kerian, merangkap yang dipertua majlis daerah Kerian (2004-2007)
  • Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak (1997-2004)
  • Penolong setiausaha kerajaan tadbir 1 (pembangunan), pejabat setiausaha kerajaan negeri Perak (1994-1997)
  • Penolong pegawai daerah (pembangunan) pejabat daerah dan tanah Kinta, Batu Gajah (1993-1994)
  • Penolong pengarah unit perancangan ekonomi (1987-1993 )
  • Penolong pengarah bahagian penjawatan, jabatan perkhidmatan awam (1984-1987)
  • Angkatan Tentera Malaysia (1980-1982)
     
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P57 Parit Buntar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan ABDUL PUHAT MAT NAYAN