MUHAMMAD FAIZ FADZIL

Maklumat Diri
Tarikh lahir
21/4/1977
Pasangan
Noralis Mat
Anak
2

Berpengalaman luas dalam bidang guaman, Muhammad Faiz Faizal menyandang ADUN Permatang Pasir Pulau Pinang selama sepenggal merangkap Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara.

Beliau dilahirkan pada 21 April 1977 telah mendirikan rumah tangga bersama Noralis Mat dan pasangan ini dikurniakan sepasang anak dikenali Farah A’Lia dan Fadzil Zikri.

Anak watan Alor Setar Kedah ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah pada tahun 1984, kemudian melanjutkan pengajian di Maktab Mahmud Alor Setar sebelum ke peringkat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama setahun.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian di universiti sama dengan memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1998 hingga 2001.

Sebelum menceburi bidang politik, Muhammad Faiz memulakan kerjayanya di Zamani Ibrahim & Co pada tahun 2002 selama dua tahun sebelum menimba pengalaman di Zulkafli Hussin & Co dan Rizal Christopher Fernando & Co.

Bagaimanapun kini beliau telah membuka firma guamannya sendiri iaitu Faiz Fadzil & Co sejak 2008.

Selain pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), bapa dua anak ini aktif dengan penglibatan badan bukan berkanun. 

Beliau pernah dilantik Pengerusi Reform Demokrat, Pengerusi Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1), Jurucakap Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL) dan Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Sembilan.

Berkisahkan dunia politiknya, Muhammad Faiz terkenal dalam memperjuangkan wadah reformasi dan merupakan anak kepada bekas Presiden Parti Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.

Beliau dilihat bakal pimpinan masa hadapan dalam menerajui parti Amanah setelah dilantik Ahli Jawatankuasa Amanah pada tahun 2019 dan pernah menggalas tanggungjawb sebagai Timbalan Ketua Pemuda Amanah selama empat tahun.

Bukan itu sahaja, bekas ahli Pas ini pernah dilantik Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri Sembilan dan EXCO Dewan Pemuda Pas di negeri beradat tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Muhammad Faiz daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 9,708 undian ketika menentang Muhammad Fauzi Yusoff daripada parti Pas yang mendapat 6,727 undi. Majoriti undi sebanyak 2,981.

Pada Ogos 2023, Muhammad Faiz Fadzil bertanding calon Pakatan Harapan (PH) bagi N11 Permatang Pasir pada PRN Pulau Pinang.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Permatang Pasir (2018 hingga kini)
  • Peguam & Pemilik Tunggal Faiz Fadzil & Co (2008 hingga kini)
  • Peguam di Aris Rizal Christopher Fernando & Co (2005 hingga 2008)
  • Peguam di Zulkafli Hussin & Co (2004 hingga 2005)
  • Peguam di Zamani Ibrahim & Co (2002 hingga 2004)

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (2019 hingga kini)
  • Timbalan Ketua Pemuda Amanah (2015 hingga 2019)
  • Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri Sembilan (2013 hingga 2015)
  • EXCO Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan (2003 hingga 2009)

Penglibatan dalam badan bukan berkanun:

  • Pengerusi Reform Demokrat
  • Pengerusi Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1)
  • Jurucakap Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL)
  • Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Sembilan
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UIAM (1998 hingga 2001)
  • Matrikulasi UIAM (1997 hingga 1998)
  • Maktab Mahmud Alor Setar (1989 hingga 1996)
  • Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah (1984 hingga 1989)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P133 Tampin

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P44 Permatang Pauh N11 Permatang Pasir
  • PRU PRN15- P44 Permatang Pauh N11 Permatang Pasir

Artikel Berkaitan MUHAMMAD FAIZ FADZIL

Video Berkaitan MUHAMMAD FAIZ FADZIL