PANG HOK LIONG

Maklumat Diri
Asal
Labis, Segamat, Johor
Tarikh lahir
22/7/1957

Pang Hok Liong adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P142 Labis pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,833 undi.

Ahli Parlimen Labis, Johor, Pang Hok Liong merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Beliau sebelum ini pernah menyandang di DUN Bekok selama sepenggal dari tahun 1990 hingga 1995.

Hok Liong juga pernah bertanding merebut kerusi DUN Segamat pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) dan PRU12 bagaimanapun kecundang di tangan Subramaniam Sathasivam dari parti Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun pada PRU14, beliau kembali semula bertanding di kerusi Parlimen Labis berjaya mendapat 16,709 undian ketika menentang Chua Tee Yong daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 13,301 undi.

Pertembungan tiga penjuru itu menyaksikan jumlah majoriti undi sebanyak 3,408.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Labis (2018-kini)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok (1990-1995)
  • Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya
  • Peguam
Pendidikan:
  • Sarjana Undang-undang (LLM) di University College London
  • Barrister-At-Law of Lincoln’s Inn, London
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P140 Segamat
  • PRU12- P140 Segamat
  • PRU14- P142 Labis
  • PRU15- P142 Labis

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P140 Segamat N2 Jementah
  • PRU12- P140 Segamat N2 Jementah

Video Berkaitan PANG HOK LIONG