ABDUL YUNUS JAMHARI

Maklumat Diri
Asal
Kuala Kurau
Tarikh lahir
23/9/1972

Abdul Yunus Jamhari adalah calon Parti Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N09 Kuala Kurau pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,347 undi.

Bekas pegawai imigresen, Datuk Abdul Yunus Jamhari merupakan ADUN Kuala Kurau Perak selama tiga Penggal.

Beliau dahulunya pernah menjadi guru sandaran selama dua tahun kini menyandang portfolio EXCO Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil dan EXCO Pertanian Perikanan Perladangan dan Sekuriti Makanan.

Semasa di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, beliau pernah dilantik EXCO Kemudahan Awam dan Insfrastruktur, Pertanian dan Peladangan pada 2018 hingga 2019.

Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) ini merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak 2021.

Beliau sebelum ini merupakan ahli PKR meneruskan perjuangan parti politik bersama Bersatu setelah menyertainya pada tahun 2020.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak ini pernah menjadi Ketua Cabang Keadilan Parit Buntar, Ketua Cawangan Batu 14 Kuala Kurau (Keadilan), Setiausaha Cabang Keadilan Parit Buntar juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP Dipilih) Keadilan.

Berusia 49 tahun, beliau pernah diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN) Keadilan Perak selama lima tahun.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Kuala Kurau (2008-kini)
  • EXCO Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil (2020-2021)
  • EXCO Pertanian Perikanan Perladangan dan Sekuriti Makanan (2020)
  • EXCO Kemudahan Awam dan Insfrastruktur, Pertanian dan Peladangan (2018-2019)
  • Pegawai Imigresen (1994 - 1998)
  • Guru Sandaran (1993 - 1994)

Jawatan dalam parti:

  • AJK Perikatan Nasional Negeri Perak 2021
  • Ketua Cawangan Batu 14 Kuala Kurau (Keadilan) (1999 - 2019)
  • Ketua Cabang Keadilan Parit Buntar (2008 - 2018)
  • Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Negeri (JPRN) Keadilan Perak (2014 - 2018)
  • Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Perak (2010 - 2018)
  • Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP Dipilih) Keadilan (2014 - 2018)
  • Ahli Majlis Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan Negeri Perak (2014 - 2018)
  • Setiausaha Cabang Keadilan Parit Buntar (2004 - 2008)
  • Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Perak (2010 - 2014)
  • Ahli Bersatu (2020-kini)

Penglibatan dalam sosial dan badan bukan berkanun:

  • Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (Pkn) Negeri Perak (2019 - 2021)
Pendidikan:
  • SMK Seri Kurau Bagan Serai Perak (1985 - 1988)
  • SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar Perak (1988 - 1991)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P57 Parit Buntar N9 Kuala Kurau
  • PRU13- P57 Parit Buntar N9 Kuala Kurau
  • PRU14- P57 Parit Buntar N9 Kuala Kurau
  • PRU15- P57 Parit Buntar N9 Kuala Kurau

Video Berkaitan ABDUL YUNUS JAMHARI