ABD LATIFF AHMAD

Maklumat Diri
Asal
Air Hitam, Johor
Tarikh lahir
9/7/1958
Pasangan
Datin Hajah Zuraidah Endot

Bekas Pengarah Hospital Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad merupakan penyandang Menteri Pembangunan Luar Bandar sejak Mac 2020.

Beliau juga bekas ADUN Endau dan menyandang Ahli Parlimen Mersing sejak tahun 1999, dahulunya menyokong parti UMNO namun telah keluar pada Disember 2018 kemudian meyertai parti Bersatu pada 2019.

Berusia 62 tahun, anak kelahiran Ayer Hitam Johor ini pernah memegang portfolio EXCO Kebudayaan Belia dan Sukan Johor pada selama sepenggal pada 1995.

Dr Abdul Latif ini dilahirkan pada 9 Julai 1958 merupakan bekas Naib Ketua Pemuda Johor dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Johor.

Beliau bertukar kepada politik persekutuan pada tahun 1999, dan seterusnya berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia (1999 hingga 2004), Timbalan Menteri Kesihatan (2004 hingga 2010) dan Timbalan Menteri Pertahanan (2010 hingga 2013). 

Selain itu, beliau pernah dilantik Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 2013 hingga 2019.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Abd. Latiff Ahmad daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 19,806 undian ketika menentang Md Nasir Hashim daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 11,347 undi. Majoriti undi sebanyak 8,459.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Pembangunan Luar Bandar (2020 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Mersing (2004-kini)
  • Pengerusi SPNB (2013-2019)
  • Timbalan Menteri Pertahanan (2010-2013)
  • Timbalan Menteri Kesihatan (2004-2010)
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia (1999-2004)
  • EXCO Kebudayaan Belia dan Sukan Johor pada (1995-1999)
  • Pengarah Hospital Mersing (1989-1990)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2004-2018)
  • Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Johor (2009-2016)
  • Naib Ketua Pemuda Johor (1997-1998)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan 
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P154 Mersing
  • PRU13- P154 Mersing
  • PRU14- P154 Mersing

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan ABD LATIFF AHMAD