MOHAMAD SABU

Maklumat Diri
Asal
Tasek Gelugor Pulau Pinang
Tarikh lahir
14/10/1954

Mohammad Sabu merupakan calon PH(AMANAH) bertanding bagi kerusi Parlimen P111(KOTA RAJA) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu merupakan Ahli Parlimen Kota Raja, Klang Selangor.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 73998 undi

Beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Beliau dahulunya adalah ahli Pas namun kini meneruskan perjuangan bersama Parti Amanah Negara (Amanah) sekali gus dilantik sebagai Presiden Amanah pada 16 September 2015.

Mat Sabu yang cukup dikenali dengan lantang bersuara pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dilahirkan pada 14 Oktober 1954, anak kelahiran Tasek Gelugor Pulau Pinang ini pernah memegang jawatan tertinggi Pas sebagai Pesuruhanjaya Pas Pulau Pinang selama dua tahun bermula 2013 hingga 2015.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah ini pada 2018 pernah dilantik Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Penggerak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan.

Sejarah dan perjalanan politik, Mat Sabu pernah bertanding beberapa kali pada pilihan raya lalu, rekodnya ada menang dan ada juga kecundang.

Bagaimanapun beliau tidak pernah berputus asa untuk terus berbakti kepada masyarakat dan menegakkan keadilan.

Beliau pernah tewas pada PRU6 (1982) di DUN Penanti Pulau Pinang dan di Parlimen Permatang Pauh pada PRU7.

Bagaimanapun menang pada PRU8 ketika bertanding di Parlimen Nilam Puri Kelantan dan di Parlimen Kubang Kerian Kelantan pada PRU9.

Pada PRU10 beliau bertanding di Kuala Kedah dan berjaya menang kemudian pada PRU12, beliau tewas di Parlimen Kuala Terengganu. 

Pada PRU14, Mat Sabu daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 90,697 undian ketika menentang Mohamed Diah Baharun daripada parti Pas yang mendapat 19,555 undi. 

Turut bertanding V Gunalan daripada Barisan Nasional (BN) dengan mendapat 17,874.

Pertembungan tiga penjuru ini merekodkan majoriti undi tertinggi sebanyak 71,142.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kota Raja (2018 hingga kini)
  • Menteri Pertahanan (2018 hingga 2020)
  • Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999–2004)
  • Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan (1995 – 1999)
  • Ahli Parlimen Nilam Puri Kelantan (1990 – 1995)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Presiden Amanah (16 September 2015 hingga kini)
  • Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Penggerak PRU14 PH (2018)
  • Pesuruhanjaya Pas Pulau Pinang (2013-2015)
  • Timbalan Presiden Pas (2011-2015)
  • Anggota Jawatankuasa Pas Pusat (2009-2011)
  • Naib Presiden Pas (2007-2011)
  • Timbalan Pesuruhanjaya Pas Kedah (2001)
  • Anggota Jawatankuasa Kerja Pas (1999-2003)
  • Timbalan Ketua Pemuda Pas (1993-1995)
  • Anggota Majlis Eksekutif (1993-1995)
  • Anggota Jawatankuasa Kerja Pas (1991-1993)
  • Timbalan Ketua Pemuda Pas (1989-1991)
  • Sertai Pas (1981)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P36 Kuala Terengganu
  • PRU13- P11 Pendang
  • PRU14- P111 Kota Raja
  • PRU15- P111 Kota Raja

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan MOHAMAD SABU