BAKRI MOHD BAKRI MUSTAPHA

Bakri @ Mohd Bakri Mustapha (Cikgu Bakri) merupakan calon UMNO bertanding bagi kerusi Parlimen P27 Tanah Merah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Mohd Bakri Mustapha kecewa dan kesal dengan tindakan seorang pemimpin UMNO Bahagian Tanah Merah yang sengaja meviralkan gambar beliau bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurut ADUN Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen Tanah Merah itu, gambar berkenaan dirakamkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ketika beliau menerima jemputan daripada Mukhriz.

Beliau kemudian menafikan khabar angin itu dan menyifatkan sengaja ditimbulkan oleh pihak yang cuba merosakkan nama dan reputasinya.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh
  • Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah
  • Bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P27 Tanah Merah

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P27 Tanah Merah N27 Gual Ipoh