RONALD KIANDEE

Maklumat Diri
Asal
Beluran, Sabah
Tarikh lahir
10/1/1961

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Beluran meraih 11,303 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 1,594.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee merupakan ahli Parlimen Beluran, Sabah yang kini menyandang jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan bermula pada 10 Mac 2020.

Beliau merupakan ahli dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan juga sebahagian komponen dari parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan. 

Sebelum ini, beliau merupakan ahli UMNO dalam gabungan Barisan Nasional (BN) yang kemudian menjadi ahli Bebas pada 12 Disember 2018 sebelum menyertai Bersatu.

Beliau memegang jawatan Ahli Parlimen Beluran sejak 1999 sehingga kini. 

Malah pernah memegang jawatan Timbalan Speaker Parlimen dari 2008 hingga 2018 dan pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) dari 2018 hingga 2019. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, Ronald Kiandee daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 13,007 undian ketika menentang Japar Zairun daripada parti Parti Warisan Sabah yang mendapat 5,892 undi. Majoriti undi sebanyak 7,115.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Pertanian dan Industri Makanan bermula pada 10 Mac 2020
  • Ahli Parlimen Beluran (1999-kini)
  • Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) dari 2018 hingga 2019
  • Timbalan Speaker Parlimen dari 2008 hingga 2018
  • Setiausaha Politik Menteri Pertanian & Perikanan Sabah (1994-2000)
  • Pegawai Perikanan Sabah (1984-1990)

Kronologi politik:

  • Ketua Bahagian Bersatu Beluran (2020-kini)
  • Setiausaha Bersatu Sabah (2019)
  • Sertai parti Bersatu (2019)
  • Keluar parti UMNO (2018)
  • Sertai UMNO (1999)
  • Keluar parti Akar(1999)
  • Setiausaha Agung Akar (1999)
  • Sertai parti Akar (1989)
Pendidikan:
  • Ijazah Doktor Falsafah dalam sosiologi politik dari Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Ijazah Sarjan Pentadbiran Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak)
  • Ijazah Sarjan Muda Sains (Perikanan) Universiti Putra Malaysia (UPM)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P183 Beluran
  • PRU12- P183 Beluran
  • PRU13- P183 Beluran
  • PRU14- P183 Beluran
  • PRU15- P183 Beluran

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan RONALD KIANDEE

Video Berkaitan RONALD KIANDEE