Mukhriz Mahathir adalah anak kelima bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ini dilahirkan pada 25 November 1964.
Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra mengangkat sumpah kali kedua sebagai Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ke-13 pada 11 Mei 2018 setelah Pakatan Harapan mengalahkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018.
Ahli Parlimen Jerlun ini juga pernah menyandang Menteri Besar Kedah yang ke-11 bermula Mei 2013 hingga Februari 2016, ketika itu menjawat jawatan ADUN Ayer Hitam.
Mukhriz Mahathir merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili PEJUANG bertanding bagi kerusi P5-JERLUN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.