SUHAILI ABDUL RAHMAN

Maklumat Diri
Asal
Kampung Ganggarak
Tarikh lahir
6/5/1961
Pasangan
Datin Fatimah Wanchi , Datin Suraya Hamdi
Anak
Syahirul Fazly, Saiful Redhzuan ,Syahirul Fauzee, Siti Nor Fazillah,Sara Nurashekeendan Sara Nur Ashereen

Suhaili Abdul Rahman ialah seorang ahi perniagaan. Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Labuan Di peringkat akar umbi, beliau memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan yang telah mempertahankan jawatannya di peringkat akar umbi pada 2 November 2008.Di peringkat korporat pula, beliau menjadi pengerusi Perbadanan Labuan. 

Beliau mula berkecimpung dalam dunia politik seawal usia 20-an pada tahun 1982 dengan bermula sebagai ahli biasa UMNO ketika parti itu mengembangkan sayapnya di Labuan.

Walaupun sibuk membabitkan diri dalam perniagaan, Suhaili antara salah seorang anak muda berkarisma dan banyak membantu parti yang ketika itu diketuai oleh seorang tokoh politik Labuan Senator Isli Siput untuk menguatkan kedudukan UMNO di pulau tersebut. Kestabilan politik dan kekuatan UMNO mengambil alih Labuan daripada kerajaan Berjaya pada tahun 1985 telah memutikkan keinginan Suhaili untuk menabur bakti membantu membangunkan orang-orang Melayu di situ.

Suhaili sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Labuan meraih 8,124 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 708.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen  Labuan, Wilayah Persekutuan (2022)
  • Ahli Parlimen  Labuan, Wilayah Persekutuan (1999–2008)
  • Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (23 Ogos 2020)
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Sains (Ekonomi) Universiti London
  •  juga Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Strategi Pemasaran, Univerisiti Hull, Uk
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P166 Labuan
  • PRU15- P166 Labuan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada