Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani merupakan Ketua Pemuda UMNO Kelantan sejak 2023 dan juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang sejak 2018.
Beliau sebelum ini adalah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kelantan dan merupakan Ketua Cawangan Damar Jaya sehingga kini.
Pada Ogos 2024, Mohd Azmawi dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.