ABIDIN ISMAIL

Maklumat Diri
Asal
Sungai Duri Indah, Pulau Pinang
Tarikh lahir
7/12/1968

Abidin Ismail dari Pas ialah bekas eksekutif logistik dan dipilih menjadi calon bagi Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang akan berlangsung pada 6 Julai nanti.

Abidin berusia 56 tahun merupakan anak kelahiran Sungai Duri, Pulau Pinang dan sudah berkahwin dengan mempunyai dua anak.

Beliau adalah pegawai khas kepada penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff.

Abidin juga memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal.

Artikel Berkaitan:

PN umum Abidin Ismail calon PRK Sungai Bakap

Pencapaian
Kerjaya:
  • Logistik Eksekutif USG Sdn Bhd 1992-2022
  • Pegawai Khas ADUN Sungai Bakap [Ogos 2023-Mei 2024]

Penglibatan politik:

  • Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal [2024]
  • Pengarah JPrD Sungai Bakap [2022-kini]
  • Ketua Lajnah Pekerja &Kepenggunaan Pas kawasan NibongTebal [202-kini]
  • Ketua Lajnah Penerangan Pas kawasan Nibong Tebal [2020-2022]
  • Ketua Cawangan PasSungai Duri [2015-2023]
  • Setiausaha Pas CawanganSungai Duri [2005-2015]

NGO:

  • Pengerusi Masjid Jamek Sungai Duri [2023-kini]
  • Pengerusi Pusat Tarbiyah Ibnu Sina Resources Sungai Duri [2022-kini]

 

Pendidikan:

Tiada Maklumat

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU PRN15- P47 Nibong Tebal N20 Sungai Bakap