JOOHARI ARIFFIN

Maklumat Diri
Asal
Sungai Bakap, Pulau Pinang
Tarikh lahir
17/7/1964

Dr Joohari Ariffin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara

Beliau diumumkan sebagai calon Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Dr Joohari yang juga bekas guru berusia 60 tahun dan merupakan anak jati Sungai Bakap.

Beliau menjawat jawatan Pengarah IAB Cawangan Utara di Jitra, Kedah sejak April 2018 hingga 1 September 2023.

Beliau sebelum itu mula bertugas di institusi tersebut sebagai pensyarah pada 2006.

Dr Joohari memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya pada 1987 dan bertugas sebagai guru di Sekokah Menengah Kebangsaan (SMK) Serdang, Kedah.

Selepas itu, beliau meneruskan kerjaya sebagai guru di SMKA Nibong Tebal seterusnya di SMK Saujana Indah, Nibong Tebal.

Beliau pernah dianugerahkan Guru Inovatif Daerah Seberang Perai Selatan pada tahun 2000, Tokoh Belia Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) pada tahun 2005.

Kemudiannya, Dr Joohari dianugerahkan Ijazah Kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia dengan pengkhususan dalam bidang Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan pada tahun 2014.

Beliau pernah dianugerahkan dengan beberapa pengiktirafan antaranya sebagai ‘Certified Trainer’ dan ‘Certified Coach’ daripada IAB sejak tahun 2006 serta Pakat Negara dalam Pengajaran (PAJAR) daripada Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2016.

Dr Joohari juga dianugerahkan Pemimpin Berinspirasi daripada Jemaah Nazir Negeri Kedah pada 2023 sebelum menamatkan perkhidmatannya sebagai penjawat awam pada 1 September 2023.

Artikel Berkaitan:

PRK Sungai Bakap: Bekas guru diumum calon Kerajaan Perpaduan

Pencapaian
Kerjaya:
  • Guru Penolong di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, Kedah
  • Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Saujana Indah, Nibong Tebal
  • Guru Kanan Teknik dan Vokasional serta Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMKA Nibong Tebal
  • Pensyarah di Institut Aminudin Baki Cawangan Utara (IABCU), Jitra Kedah
  • Pengarah Institut Aminudin Baki Cawangan Utara(sejak 4 April 2018)

Pengiktarafan & Anugerah:

  • Guru Inovatif Daerah (2000)
  • Tokoh Belia Daerah (2005)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2000, 2004, 2015)
Pendidikan:

2014: Ijazah Kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia dengan pengkhususan dalam bidang Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

2024: Ijazah Sarjana Kepengetuaan dari Universiti Malaya

1987: Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dengan pengkhususan dalam Ekonomi dan Pengajian Islam

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU PRN15- P47 Nibong Tebal N20 Sungai Bakap