MOHD ALI RUSTAM

Maklumat Diri
Asal
Kampung Bukit Katil, Melaka
Tarikh lahir
24/8/1949
Pasangan
Asmah Abd Rahman
Anak
Mohd Ridhwan, Wan Nazirah dan Muhd Hamka

Tun Mohd Ali Mohd Rustam merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang kesembilan.

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Bekas Naib Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional.

Gelaran yang diterima atas sumbangannya ialah Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2001, Darjah Cemerlang Seri Melaka pada tahun 1995, Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1990, Darjah Seri Melaka tahun 1989 dan Pingat Bakti Masyarakat tahun 1979.Pencapaian dan kualiti kepemimpinan beliau amat terserlah antaranya, Pengisytiharan Melaka Bandar Warisan Dunia, pendapatan per kapita negeri tertinggi di Malaysia dan kadar kemiskinan yang semakin berkurangan, penetapan gaji minima (RM720), tertinggi di Malaysia ketika itu, pengeluaran telur ayam 6 juta sehari, menjadikan negeri Melaka lebih selamat dengan kadar jenayah yang semakin berkurangan, Melaka sebagai antara destinasi pelancongan perubatan (health tourism) tertinggi di Malaysia dan sebagainya.

Mohd Ali kini dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi menggantikan Tun Khalil Yaakob

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Ketua Menteri Melaka ke-sembilan (1999)
  • Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB) (1969-1979)
  • Penolong Pengarah KEMAS negeri Kedah ( 1979-1980)
  • Pengarah KEMAS negeri Perlis ( 1980-1981)
  • Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1981-1982)
  • Pengarah KEMAS Melaka (1982-1983)
  • Setiausaha Khas kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka  (1984-1986)
  • Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (1986-1990)
  • Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Sains dan Teknologi (1995)
  • Timbalan Menteri Pengangkutan (1995 -1999)

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO
  • Bekas Naib Presiden UMNO

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Presiden Belia 4B Malaysia
  • Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
  • Presiden World Youth Foundation (WYF)
  • World Assembly of Muslim Youth (WAMY)

Anugerah diterima:

  • Seri Maharaja Mangku Negara
  • Panglima Setia Mahkota
  • Seri Utama Mahkota Wilayah
  • Darjah Utama Pangkuan Negeri
  • Seri Paduka Setia Melaka
  • Darjah Utama Negeri Melaka
  • Darjah Gemilang Seri Melaka
  • Darjah Cemerlang Seri Melaka
  • Darjah Mulia Seri Melaka
  • Darjah Seri Melaka
  • Pingat Bakti Masyarakat
Pendidikan:
  • Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Sekolah Tinggi Melaka
  • Sekolah Kebangsaan Semabok
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Katil
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P137 Hang Tuah Jaya

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P137 Bukit Katil N17 Bukit Baru
  • PRU12- P137 Bukit Katil N17 Bukit Baru