ADHAM BABA

Maklumat Diri
Asal
Sungai Dulang Rengit, Batu Pahat
Tarikh lahir
6/10/1962
Pasangan
Allahyarhamah Datin Seri Taibah Tabrani
Anak
5

Datuk Seri Dr Adham Baba merupakan Menteri Kesihatan dilantik pada tahun 2020.

Ahli Parlimen Tenggara ini dilahirkan pada 6 Oktober 1962 merupakan bekas ADUN Pasir Raja pada 2008 hingga 2018.

Adham berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dari Universiti Malaya pada tahun 1987. Selepas graduasi, beliau bertugas sebagai pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan pada 1988 hingga 1990.

Pada tahun yang sama, Adham memulakan kerjaya pertama beliau sebagai seorang doktor perubatan dalam sektor swasta pada 1990 hingga sekarang. Beliau mempunyai sebuah klinik peribadi iaitu Klinik Adham Sdn. Bhd. dan memiliki 18 cawangan klinik tersebut.

Beliau mula terlibat dalam politik pada 1991 dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Senai. Selepas itu, beliau mula memegang portfolio penting di kementerian. Antaranya, Pegawai Khas Pendidikan di Kementerian Belia dan Sukan dari tahun 2000 hingga 2004. Pada tahun 2004, beliau telah bertugas sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi sehingga 2008.

Beliau turut memegang beberapa jawatan tinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan antaranya Pro Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada 2013 hingga 2018. Selain itu, beliau pernah menjadi Pengerusi UniKL Medical Services Sdn Bhd. pada 2010 hingga 2015.

Terdahulu, pada 2004, beliau telah diberikan mandat oleh penduduk di Dewan Undangan Negeri Pasir Raja, Johor dan terpilih menjadi wakil rakyat apabila berjaya meraih majoriti undi. Beliau menjadi ADUN kawasan itu sehingga 2018. Beliau meningkatkan kerjaya politiknya dengan bertanding bagi kerusi Parlimen Tenggara dalam pilihan raya umum ke-14 dan berjaya meraih kemenangan.

Sementara itu, Adham telah mendirikan rumah tangga dengan Taibah Tabrani dan dikurniakan tiga cahaya mata dan dua anak angkat. 

Pada 23 April 2007, isteri Adham menderita asma dan pengsan di rumahnya selepas mengalami masalah pernafasan. 

Beliau kemudian dikejarkan ke hospital namun telah diumumkan meninggal dunia. Pada waktu itu, Adham berada di Auckland, New Zealand atas tugas rasmi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Adham Baba daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 20,142 undian ketika menentang Norjepri Mohamed Jelani daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 14,209 undi. Majoriti undi sebanyak 5,933.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Kesihatan (2020 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Tenggara (2018 hingga kini)
  • ADUN Pasir Raja (2008 - 2018)
  • Ahli Parlimen Tenggara (2004 - 2008)
  • Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Johor (2013-2018)
  • Pro Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) (2013-2018)
  • Pengerusi Lembaga Pengarah UniKL Medical (2010-2018)
  • Pengerusi UniKL Resources Sdn Bhd (2010-2015)
  • Pengerusi UniKL Medical Services Sdn Bhd. (2010- 2015)
  • Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi (2004-2008)
  • Pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan pada 1988 hingga 1990
  • Klinik Adham Sdn. Bhd (Dimiliki) 

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Penerangan Johor (2018 hingga kini)
  • Ketua Bahagian Tenggara (2013 hingga kini)
  • Timbalan Ketua Bahagian Tenggara (2008-2013)
  • EXCO Pemuda (2001-2003)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) Universiti Malaya (1987)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P155 Tenggara
  • PRU14- P155 Tenggara

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P155 Tenggara N35 Pasir Raja
  • PRU13- P155 Tenggara N35 Pasir Raja

Artikel Berkaitan ADHAM BABA

Video Berkaitan ADHAM BABA