NOR IDAYU HASHIM

Nor Idayu Hashim merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili parti Pas bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N42 Tioman, Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau dicalonkan selepas calon PN sebelum ini, Md Yunus Ramli meninggal dunia pada hari pengundian.

Md Yunus disahkan meninggal dunia jam 3.30 pagi, 19 November 2022 ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Muslimat Pas Cawangan Pianggu.

Nor Idayu pernah menerima Anugerah Saidatina Fatima pada 2020.

Beliau juga aktif membantu masyarakat tersempat bersama NGO Rompin Makmur dan terlibat secara langsung dalam pendidikan melalui PASTI.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Usahawanita

Jawatan dalam politik:

  • Ketua Muslimat Pas Cawangan Pianggu
  • Ketua Lajnah Penerangan & Media Baharu DMPK Rompin
  • Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Rompin
Pendidikan:
  • Diploma Perakaunan, UiTM Machang, Kelantan
  • Tahun akhir dalam pengajian Diploma APSA
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU15- P91 Rompin N42 Tioman