Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Dun Lanchang bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon Gerakan Tanah Air (GTA), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Perikatan Nasional(PN).
Zaini Mohamad merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N31 Lanchang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Antara jawatan-jawatan kanan yang pernah disandang adalah Pembantu Ketenteraan, Pengerusi Estet Ikan Air Tawar Lubuk Kawah Lanchang, Ketua Cawangan Persatuan Veteran ATM Lanchang Baru dan jugaTimbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air, Pahang, mewakili Gagasan Bangsa (GB).
Beliau adalah lulusan Sarjana Pengurusan Sumber Manusia, Diploma Strategik dan Pengajian Ketenteraan,UM dan juga Diploma Psikologi dan Kaunseling, UKM (2000).