Norhasmimi Abdul Ghani merupakan calon Barisan Nasional bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N29 Jengka pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Antara jawatan-jawatan kanan yang pernah disandang adalah Ketua Unit Wanita & Sosial, SUK Pahang, Penolong Pengarah EPU Jabatan Perdana Menteri, Pegawai Seranta FELDA, Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Majlis Pembangunan Wanita Pahang, Pengerusi Kelab Nita Sihat dan Prihatin Kuala Krau, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Pahang Parlimen Kuala Krau, Ahli Majlis Daerah Maran 2008, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau, Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau dan juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Krau.
Beliau adalah lulusan Ijazah Undang Undang Syariah Univeriti Islam Antarabangsa dan juga Ijazah Undang Undang LLB Universiti Islam Antarabangsa