Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, Jasri Bin Jamaludin yang merupakan calon Perikatan Nasional bertanding bagi kerusi DUN N25 Kuala Sentul menang 6,016 undian dengan majoriti undi sebanyak 241.
Calon Perikatan Nasional bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul, Dato' Haji Jasri Bin Haji Jamaludin ini merupakan anak kelahiran Chenor.
Pengalaman kerjayanya bermula pada 1992 sebagai jurutera Motorola Semiconductor (M) Sdn Bhd. Selepas itu, pada 1995, beliau menjadi Pengurus Besar di Universal Telecommunications Sdn Bhd.
Mengembangkan kerjayanya, pada 1997, Jasri menjawat jawatan Pengarah Urusan di Digisky Wireless (M) Sdn Bhd dan Digisky (M) Sdn. Bhd.
Selain itu Jasri juga turut bergelar pengarah urusan dan pengarah eksekutif di tiga lagi syarikat iaitu, Kumpulan Intan Tercantum Indah Sdn Bhd, Sriara Properties Sdn Bhd dan MaranoCorp Industries (M) Sdn Bhd.
Daripada segi pengalaman politik, beliau kini merupakan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Maran, Pengerusi Biro Pendidikan BERSATU Negeri Pahang dan Pengerusi Jawantankuasa Bencana BERSATU Negeri Pahang.
Beliau juga aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan merupakan Pengasas dan Ketua Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Maran. Beliau juga sejak 2013 dan hingga kini merupakan Setiausaha Agung Persatuan Pengilang Pengilang Kasut Bumiputra Malaysia.