RANNDY YAP

Ranndy Yap merupakan calon Perikatan Nasional mewakili Parti GERAKAN bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Teruntum, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau telah dilantik sebagai Penasihat Khas Menteri Mengenai Asia Timur kepada Menteri Luar Negeri Malaysia, Saifuddin Abdullah pada Oktober 2021 lalu.

Ranndy Yap Kim Heng adalah salah seorang daripada Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang telah memenangi pemilihan Parti Gerakan pada pada 2018 lalu.Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli perniagaan
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: GERAKAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU15- P83 Kuantan N14 Teruntum